Friday, May 29, 2009

Brother Z Multimedia


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.... Brother Z Multimedia merupakan sebuah syarikat multimedia yg menjalankan perniagaan berasaskan Cyber Cafe, Online Education, Menjual serta membaikpulih komputer, Pembangunan Website dan Blog, Networking, Pembangunan rangkaian Cyber Cafe Bumiputera, Video Editing, Fotostat, Binding, Laminate dan Printing. Menyediakan khidmat nasihat berkenaan komputer..

Berdaftar Dibawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Putrajaya. Milik Bumiputera Islam sepenuhnya yang diterajui oleh bekas pelajar Politeknik Ungku Omar( Perak ), Politeknik Sarawak dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah ( selangor ).

Pihak Brother Z Multimedia juga menyediakan peluang Latihan Praktikal OJT ( On Job Trainning ) kepada para pelajar Institusi pengajian tinggi..

Selama tempoh peniagaan syarikat Brother Z Multimedia telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Banting dan telah menghantar pelajar mereka menjalankan Latihan Praktikal On Job Trainning ( OJT ) pada awal tahun 2009.

Para pelajar yang mengambil bidang IT di Kolej Komuniti Jugra Banting juga telah menunjukkan minat untuk menjalani latihan praktikal mereka di Syarikat Brother Z Multimedia.

Pada bulan jun 2009 ini seorang dari anggota tentera Pasukan BHQ-ONE STOP CENTER PENGKALAN UDARA SUBANG 40000 SHAH ALAM juga akan menjalankan Latihan Peralihan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia di syarikat Brother Z Multimedia di dalam bidang baikpulih komputer serta networking.

Diharapkan agar pihak yang menjaga kepentingan serta dana bumiputera seperti Kerajaan, Permodalan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ), TEKUN Nasional dan MARA akan dapat membantu seikhlas mungkin bagi menjana serta meningkatkan ekonomi bumiputera dan bukan hanya mengeluarkan hujah serta beretorik sepanjang masa..

Bantuan serta pemerhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak terbabit amat diperlukan sesuai dan sejajar dengan apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara fasal 153 yang menjamin Hak Istimewa Bumiputera..
Malah menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, melarang mana- mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Hak Keistimewaan Bumiputera.




No comments:

Post a Comment