Sunday, April 5, 2009

Terima Kasih...



Pihak syarikat Brother Z Multimedia ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bantuan serta dorongan yang pihak kami terima dari rakan-rakan yang sanggup membantu tanpa mengira waktu dan tanpa meminta sebarang bayaran demi menjayakan kemajuan syarikat bagi bersaing dgn syarikat bukan bumiputera yg bermodalkan ratusan ribu ringgit..

Keikhlasan tuan-tuan yang sanggup berkerja secara suka rela hanya Allah sahaja yang akan membalasnya..

Surat Sokongan Dan Dukungan Daripada Dewan Pernigaan Melayu Malaysia ( DPMM ) - Putrajaya




















( Double klik bagi membesarkan paparan )

Surat Sokongan dan dukungan Daripada
Dato` Haji Mohamad Alayuddin Che Hassan

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Putrajaya
Merangkap Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Pandangan Dari Pelbagai Sisi Syarikat Brother Z Multimedia




Brother Z Multimedia bersebelahan dengan Restorant Masakan Melayu dan Tom Yam


Kawasan lapang di hadapan Syarikat Brother Z Multimedia akan dibangunkan sebagai tapak Medan Selera ( Food Court ) oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat Selangor.

Pelanggan Tetap Brother Z Multimedia Yang Terdiri Daripada Para Pelajar IPTA Dan Penduduk Setempat

Ramai pelanggan yang tediri dari para pelajar IPT melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa duduk di atas lantai sambil menunggu giliran mereka mengguna komputer..

Memandangkan Pihak Kami kekurangan bilangan Komputer maka ramai dari kalangan pelajar yang sanggup duduk di atas lantai sambil menunggu giliran menguna komputer..

Pihak kami amat berharap agar kepada pihak-pihak yang diamanahkan memegang dana bumiputera agar dapat memberi bantuan pinjaman dengan kadar yang segera memandangkan ruang permis kami masih banyak yang kosong dan boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjamin keselesaan para pelanggan dan juga para pelajar IPT.


Setelah menempah komputer terpaksa pula duduk di atas lantai sementara menanti giliran.. kerana bilangan komputer yang terhad cuma sekitar 25 buah sahaja pihak kami bercadang menambah 30-40 buah komputer lagi untuk menampung permintaan pelanggan..


Ruangan kosong dalam premis yg boleh diisi sekitar 20 buah komputer lagi..

Koleksi Video



Rata-rata Para pelajar melahirkan rasa tidak puas hati kerana terpaksa menunggu giliran yang agak lama untuk mengunakan komputer bagi membuat tugasan pelajaran mereka..




Keadaan yang terlalu sesak di dalam permis memaksa pihak syarikat menambah bilangan komputer bagi kegunaan para pelajar dan juga penduduk setempat..




Kawasan lapang yang luas di dalam premis masih belum dipenuhi pihak kami bercadang menambah sekitar 30-40 buah komputer lagi demi memenuhi tuntutan para pelanggan.



Keadaan kauter yang penuh sesak setiap malam dgn para pelanggan dan pelajar yang menanti giliran untuk mengunakan komputer bagi melayari internet dan membuat tugasan pelajaran mereka..

Kemampuan Generasi Muda Melayu Semakin Terserlah

poster_geng_med

Pemegang Dana Bumiputera seperti Kerajaan dan MARA harus yakin dengan kemampuan generasi baru bangsa melayu kerana generasi kini lebih kritis dan lebih berdaya saing berbanding generasi tahun 70an-90an dahulu..

Geng: Pengembaraan Bermula | Upin & Ipin.

Badrul ni aku jumpa semalam, tapi dia sibuk layan peminat2 kecil di Karnival Usahawan, Puspanita. Geng menggegarkan panggung wayang dengan plot cerita menggabungkan komedi, seram dan sedih. Badrul adalah cucu Tok Dalang, datang ke kg di mana Upin dan Ipin menetap bersama dengan seorang kawannya, Lim.

Kekecohan bila dah kenal ngan Rajoo, budak India kg yang suka bermain dengan lembunya. Mereka telah bermain di kawasan hutan, mase tu Badrul & Lim nak pergi cari durian di dusun. Mereka sesat apabila cuba mencari Upin dan Ipin yang sedang enak mengejar seekor binatang comel, Opet.

Mereka masuk ke hutan yang penuh dengan misteri dan penyagak. Opet banyak membantu mereka di dalam hutan sehinggalah mereka terjumpa dengan penyangak yang mencuri haiwan terpelihara. Penyangak ni ditumpaskan oleh mak Opet dan sume nya selamat.

Production Team movie Geng, teruskan usahaw sbb movie ni mmg best!! Rugi bagi yang tak tgk. Sesapa yang tak tgk lg, pergi lah ke wayang berhampiran sbb tayangan movie Geng ni sampai hari Rabu (4/3/2009) ni je.

4.7 bintang!!

Dokumentari Bangsa Yang Dimusnahkan Allah Seperti Yang Digambarkan Di Dalam Al-Quran



Bahagian I




Bahagian II

Saturday, April 4, 2009

Keselamatan Data Pengkomputeran

KESELAMATAN DATA

Pengenalan

Semua data dan maklumat yang bergerak dalam rangkaian mesti dipelihara dan dikawal utk memastikan integriti dan keselamatan.

Integriti ~ merujuk kepada data yg diterima adalah sama dengan data yangdihantar.

Keselamatan ~ merujuk kepada data yang dihantar selamat daripada intipan termasuk juga keselamatan data drp perbuatan yg tidak disengajakan.

Keselamatan Data

Data dan rangkaian perlu dikawal daripada:

Pencapaian yg tidak sah ~ kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan pengesahan (authentication) seperti kod pengenalpastian pengguna (user

identification code) / password dan penyulitan (encryption)

Virus ~ kod yg diperkenalkan secara haram yg boleh memusnahkan sistem.

Data & rangkaian perlu diperlihara drp virus dengan menggunakan

perkakasan dan perisian yg direkabentuk khusus utk tujuan tersebut.

(firewall)

Bencana ~ Data & rangkaian perlu dipeliharan drp bencana seperti kecurian, kebakaran, gempa bumi, banjir dll. Pemeliharaan boleh dilakukan dengan melakukan sandaran.

Pengesahan (Authentication)

Pengesahan pengirim sesuatu mesej. Ia mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber2 yg terdapat dalam komunikasi data.

Pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan kata-laluan (password).

Kata-laluan (Password)

Bentuk keselamatan yg sering digunakan.Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu utk mengesahkan identiti sebelum memasuki sesuatu sistem.

Terdapat 3 kaedah utk pengesahan dengan menggunakan password:

Sesuatu yg dimiliki (Something possessed)

Sesuatu yg wujud (Something embodied)

Sesuatu yg diketahui (Something known).

Password ~ something possessed

Sistem komputer memeriksaidentiti melalui 2 cara:

password

Sesuatu benda yg dipunyai utk skema pengenalpastian.

Contoh: password (nombor pin) yg digunakan bersama2 dengan kad ATM atau kad pintar.

Password ~ something embodied

Melibatkan pemeriksaan ke atas pengguna utk ciri2 yg unik yg terdapat pada seseorang pengguna.

Prosedur ini sesuai untuk sistem keselamatan yg ketat dimana ancaman ke atas sistem boleh menyebabkan akibat yg teruk kerana kosnya adalah tinggi.

Contoh: pengenalpastian suara (voice recognition), cap jari (finger print), corak anak mata (retinal pattern), dan tandatangan digital (digital signature).

Password ~ something known

Dalam kaedah ini, dengan bertanyakan password, sistem komputer juga akan bertanyakan soalan yang bersangkutan dengan agen (pengguna).

Contoh: soalan seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dll.

Jenis2 Password

Kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna (User-generated password) ~

pengguna mencipta password dengan sendiri.

Kata-laluan yg dikeluarkan oleh komputer (Password Computer-generated password) ~ komputer mengeluarkan password secara rambang.

Tunable password ~ kompromi antara kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna dan komputer. Komputer memberi sebahagian password dan pengguna

menggunakannya utk mencipta password baru.

Penyulitan / Penyahsulitan

(Encryption / Decryption)

Salah satu kaedah yg praktikal utk memelihara data adalah dengan

menukarkannya ke dalam bentuk rahsia di mana penerima yg sah sahaja dapat memahaminya.

Penyulitan (Encryption) ~ pengirim menukarkan mesej asal ke bentuk rahsia dan menghantarkan ke penerima.

Penyahsulitan (Decryption) ~ menterbalikkan kembali proses penyulitan supaya mesej ditukar kedalam bentuk yang asal.

Proses Encryption / Decryption

Pengirim menggunakan algorithma penyulitan dan kunci utk menukarkan data asal (plaintext) ke dalam bentuk data yg disulitkan (cipher text)

Penerima menggunakan algorithma penyahsulitan dan kunci utk menukarkan cipher text kembali ke data asal (plaintext).

Kaedah penyulitan dan penyahsulitan boleh dibahagikan kpd 2 kategori:

Conventional (secret key / symmetric)

Public key (asymmetric)