Saturday, April 4, 2009

Keselamatan Data Pengkomputeran

KESELAMATAN DATA

Pengenalan

Semua data dan maklumat yang bergerak dalam rangkaian mesti dipelihara dan dikawal utk memastikan integriti dan keselamatan.

Integriti ~ merujuk kepada data yg diterima adalah sama dengan data yangdihantar.

Keselamatan ~ merujuk kepada data yang dihantar selamat daripada intipan termasuk juga keselamatan data drp perbuatan yg tidak disengajakan.

Keselamatan Data

Data dan rangkaian perlu dikawal daripada:

Pencapaian yg tidak sah ~ kawalan boleh dilakukan dengan menggunakan pengesahan (authentication) seperti kod pengenalpastian pengguna (user

identification code) / password dan penyulitan (encryption)

Virus ~ kod yg diperkenalkan secara haram yg boleh memusnahkan sistem.

Data & rangkaian perlu diperlihara drp virus dengan menggunakan

perkakasan dan perisian yg direkabentuk khusus utk tujuan tersebut.

(firewall)

Bencana ~ Data & rangkaian perlu dipeliharan drp bencana seperti kecurian, kebakaran, gempa bumi, banjir dll. Pemeliharaan boleh dilakukan dengan melakukan sandaran.

Pengesahan (Authentication)

Pengesahan pengirim sesuatu mesej. Ia mengesahkan identiti pengguna yang akan mencapai sumber2 yg terdapat dalam komunikasi data.

Pengesahan boleh dilakukan dengan menggunakan kata-laluan (password).

Kata-laluan (Password)

Bentuk keselamatan yg sering digunakan.Ia diperlukan oleh hos komputer atau peranti tertentu utk mengesahkan identiti sebelum memasuki sesuatu sistem.

Terdapat 3 kaedah utk pengesahan dengan menggunakan password:

Sesuatu yg dimiliki (Something possessed)

Sesuatu yg wujud (Something embodied)

Sesuatu yg diketahui (Something known).

Password ~ something possessed

Sistem komputer memeriksaidentiti melalui 2 cara:

password

Sesuatu benda yg dipunyai utk skema pengenalpastian.

Contoh: password (nombor pin) yg digunakan bersama2 dengan kad ATM atau kad pintar.

Password ~ something embodied

Melibatkan pemeriksaan ke atas pengguna utk ciri2 yg unik yg terdapat pada seseorang pengguna.

Prosedur ini sesuai untuk sistem keselamatan yg ketat dimana ancaman ke atas sistem boleh menyebabkan akibat yg teruk kerana kosnya adalah tinggi.

Contoh: pengenalpastian suara (voice recognition), cap jari (finger print), corak anak mata (retinal pattern), dan tandatangan digital (digital signature).

Password ~ something known

Dalam kaedah ini, dengan bertanyakan password, sistem komputer juga akan bertanyakan soalan yang bersangkutan dengan agen (pengguna).

Contoh: soalan seperti tarikh lahir, nama ibu, nombor kad pengenalan dll.

Jenis2 Password

Kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna (User-generated password) ~

pengguna mencipta password dengan sendiri.

Kata-laluan yg dikeluarkan oleh komputer (Password Computer-generated password) ~ komputer mengeluarkan password secara rambang.

Tunable password ~ kompromi antara kata-laluan yg dikeluarkan oleh pengguna dan komputer. Komputer memberi sebahagian password dan pengguna

menggunakannya utk mencipta password baru.

Penyulitan / Penyahsulitan

(Encryption / Decryption)

Salah satu kaedah yg praktikal utk memelihara data adalah dengan

menukarkannya ke dalam bentuk rahsia di mana penerima yg sah sahaja dapat memahaminya.

Penyulitan (Encryption) ~ pengirim menukarkan mesej asal ke bentuk rahsia dan menghantarkan ke penerima.

Penyahsulitan (Decryption) ~ menterbalikkan kembali proses penyulitan supaya mesej ditukar kedalam bentuk yang asal.

Proses Encryption / Decryption

Pengirim menggunakan algorithma penyulitan dan kunci utk menukarkan data asal (plaintext) ke dalam bentuk data yg disulitkan (cipher text)

Penerima menggunakan algorithma penyahsulitan dan kunci utk menukarkan cipher text kembali ke data asal (plaintext).

Kaedah penyulitan dan penyahsulitan boleh dibahagikan kpd 2 kategori:

Conventional (secret key / symmetric)

Public key (asymmetric)

No comments:

Post a Comment