Wednesday, March 25, 2009

AMD Prosessor

AMD X2 7750; dah boleh dibeli di malaysia!

amd-black-edition

Low yat plaza.. Ada satu kedai bernama “Cycom” yang menjual AMD X2 Black Edition 7750 (codename: kuma) dengan harga RM 300 (setiap unit) (RM295 untuk siapa yang membuat sistem pc baru). Kemungkinan stok adalah terhad sebab dekat kedai lain, so far, xde jumpe pun.

Pakej AMD x2 7750 black edition kali ni agak berbeza dengan pakej siri “black edition” yang lain, sebabnya, AMD sertakan sekali “stock” heatsink bagi processor.

So, sesiapa yang nak memiliki X2 7750, cepat2 lah.

Review berkenaan X2 7750 akan di tulis nanti di sini beserta dengan benchmark dan lain2 fact-n-features processor berkenaan. Perbandingan antara processor AMD X2 5600+ (2.8 Ghz L2 cache 2MB - codename windsor) dengan AMD x2 7750 juga akan dibuat termasuklah kemampuan kedua-dua processor berkenaan untuk overclock.

Optimize Operating System

Optimize Vista atau XP, lajukan startup masa load windows vista dan XP - multicore boot


Pengenalan, selain dari konfigurasi sistem secara hardware yang mampu meng-optimakan / melajukan satu sistem PC (yang turut mempengaruhi kelajuan sesuatu applikasi untuk loading, termasuklah Windows OS, Vista, XP dan sebagainya), konfigurasi secara software juga penting untuk mengoptimakan penggunaan hardware yang dipasang. Maksud disini, sekiranya konfigurasi secara software tidak betul, jadi hardware tersebut gagal berfungsi secara optimum.

Tips 5 minit … (terus skip ke step 2 sekiranya anda tahu brapa jumla core / processor

Amaran: selain dari konfigurasi yang ditunjukkan disini, sebarang perubahan pada tetapan lain boleh menyebabkan sistem instabiliti dan Windows tidak dapat berfungsi dengan betul. Jadi, sila ambil perhatian dan ikut setiap langkah dengan betul dan jangan cuba untuk bermain dengan konfigurasi lain yang awak sendiri tidak pasti untuk apakah itu. Take it, or leave it ;-)

Tips ini menganggap PC tersebut adalah PC yang multi-core yakni mempunyai banyak processor-core di dalam satu compartment processor. (jika tidak faham apakah multi-core, ianya bermaksud, terdapat banyak / berbilang processor di dalam satu ruangan processor - rujuk gambar di bawah) Jika PC tersebut adalah single-core, tips ini tidak akan memberi apa2 perubahan dari segi performance pun. Please do take notes, hyper threading juga boleh di anggap sebagai multi-core.

Intel Quad Core - terdapat 4 core processor di dalam satu ruangan processor

Intel Quad Core - terdapat 4 core processor di dalam satu ruangan processor

Ok,. so step 1. Pastikan bilangan processor yang PC dimiliki. Caranya? Senang saja, tekan “ctrl” ”alt” “delete” serentak dan pastikan Windows task manager muncul keluar. Klau tidak muncul keluar Windows Task Manager, bermaksud user tersebut bukan administrator dan/atau Windows tersebut dijangkiti Virus (kebiasaannya disebabkan virus). Jika muncul keluar, lihat processor processor usage history seperti dibawah yang menunjukkan processor ini 2 core.

processor-multicore

processor-multicoreStep 2, masuk ke msconfig melalui menu "start" -> "run" (taip seperti gambar dibawah)..run-msconfig

Step 3, dari menu msconfig (singkatan kpd Microsfot Configuration), pilih tab “boot” dan click pada button advance seperti di bawah..
msconfig-boot-advance

msconfig-boot-advance

Step 4, dan terakhir sekali click (check box) number of processor, dan nyatakan bilangan processor disitu (seperti gambar di bawahm seterusnya click ok. Pada MsConfig (seperti gambar diatas - bukan dibawah lagi(!)), click apply dan Ok. Restart PC untuk melihat kesan dari seting tersebut.
boot-advance-number-of-processor

boot-advance-number-of-processor

Kesan dari seting ini pada asasnya akan menyebabkan windows menggunakan muti-core boot yakni secara tak lansung, process boot atau startup akan menjadi parellal (serentak) dan penggunaan multicore processor bermula dari skrin boot-up lagi. Hasilnya, process untuk boot-up atau startup akan lebih laju dan optimum. Terdapat juga tips lain, seperti pastikan partition selalu di defragment (untuk mencegah fragmented file) dan pastikan driver bagi setiap hardware adalah up-to-date… Sekian.

Masalah Streamyx Slow

Masalah streamyx slow / lambat - Punca dan cara settlekannya..

Slow internet kat rumah. A bit notes as reminder for my self. Troubleshooting tips included. Antara punca yg biasa mengakibatkan streamyx menjadi slow (slow sikit atau banyak) dari end point di rumah seperti di bawah:

  1. Line telefon ada noise (bunyi bising yang tak sepatutnya ada - sangat biasa terjadi)
  2. Modem semakin panas (modem / router modem)
  3. Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch “dan atau” pc)
  4. PC - NIC (kad network) yang problematic.
Untuk kesan masalah2 tadi tak susah. Sebelum telefon “100″ bagi membuat aduan masalah internet, pin-point masalah yang betul2 terjadi penting, supaya masalah mudah utk diselesaikan samada oleh anda atau technician TM nnti.
**Sebelum cuba troubleshoot (mengesan masalah), pc yang digunakan sebolehnya fresh installation windows dan tiada applikasi 3rd party (yakni aplikasi tambahan) kedalam windows, untuk isolate (mengasingkan) masalah hardware dan software dari proses troubleshoot ini. Tetapi, klau streamyx tiba2 menjadi lambat2, berbanding hari sebelumnya, tak perlu untuk fresh windows installation.
Line fone yg ada noise (bunyi bising)
  • off pc, dan angkat fone, cuba call 103 dan ckp dengan operator ape-ape saja.. ambil masa 1 min, beri perhatian pada bunyi fone, klau ada “buzzing”, means, masalah line fone ada noise.
  • d-link-atm-statistic-error-streamyx

    d-link-atm-statistic-error-streamyx

    on pc, dan masuk ke menu router (192.168.1.x - x: bergantung pada jenis/ip router), check statistik untuk adsl / atm, lihat transmite “tx” dan receive ”rx” error counts. Sepatutnya column ini tidak mempunyai error counts seperti disebelah (jika ada error counts untuk “tx” atau “rx”, line fone juga bermasalah yang melambatkan talian broadband). Jika diperhatikan dengan betul, dari semasa ke semasa, error counts ini akan meningkat, keep increasing sampai talian streamyx (ter/di)putus.

  • Dah confirm masalah line? call “100″, pilih menu bagi “Perkhidmatan internet” dan terus ke “Bantuan Teknikal”. Beri tahu pada “pebantu teknikal streamyx-tm”, masalah “noise” atau “bunyi bising” pada talian telefon dan internet terlalu slow. PENTING: ambil dan simpan salinan nombor report yang diberi! Dalam masa 24 jam, pihak sub-vendor dari TM (telekom malaysia) akan datang dan membuat ujian noise ke atas talian fone anda. Tiada bayaran dikenakan! (biarpun cable terpaksa ditukar, etc, etc). Bantuan teknikal streamyx dan TM adalah 24 jam, dan masa kiraan bagi selesaikan masalah ini dikira saat report pada bahagian teknikal dibuat. Jika dalam 12 jam, tiada technician yang datang ke rumah, call semula “bantuan teknikal” dan semak status report anda, tanya samada technician telah membuat remarks atau belum. Sekiranya belum, jelaskan keadaan streamyx anda adalah sangat mustahak. Itu sahaja.
  • Semasa technician datang ke rumah, make sure masalah internet slow-down di selesaikan dengan membuat verification keatas kelajuan internet. Semak kelajuan internet disini. Sekiranya belum selesai, tanya technician itu kenapa masih terdapat bunyi noise pada talian. Sekiranya noise telah terhapus, mungkin masalah lain juga menyebabkan slow-down streamyx.
Modem (atau router modem) semakin panas.
  • Modem (kebiasaanya router modem yang digunakan oleh semua pelanggang streamyx), menjadi panas disebabkan banyak faktor.
  • Tutup router-modem dahulu.
  • Setiap alat elektronik atau elektrik sekalipun, kecekapannya akan berkurang sekiranya suhu pada alat semakin bertambah. Overclockers patut tahu prinsip asas ni.
  • By commonsense, tempat yang tertutup adalah satu faktor yang paling kerap menyebabkan router-modem menjadi panas. So, elakkan meletak router modem di tempat yang tertutup, atau di bawah meja, atau di dalam laci, atau di mana sahaja yang tidak baik pengudaraannya.
  • Sebaiknya, letak modem-router di tempat yang ada angin berlalu, especially tempat yg sejuk (air-conditioned).
  • Semak statistik router seperti gambar di atas, dan pastikan error counts bagi “tx” dan “rx” berkurangan atau terus menjadi “0″.
Collision paket yang terlalu banyak (masalah pd roter / switch "dan atau" pc)
  • Paket boleh berlanggar atas masalah pada cable cat 5 (cable network) dan juga pada switch / router.
  • Masuk ke menu router dan akses ke statistik; lihat statistik bagi menu ethernet / LAN, pastikan takda error pada collision (perlanggaran) dan lain2 ralat yang berkaitan ethernet. Jika ada, cuba tukar cable network (cat5) dan gantikan dgn yang baru. Jika masih ada, pasang switch / router tadi di tempat network lain dan semak semula statistik ethernet. Jika masih ada, switch / router tadi kemungkinan mengalami masalah, tukarkan dengan yang baru.
  • port-forward-wag200g-linksys

    port-forward-wag200g-linksys

    Applikasi yang menghantar paket yang banyak perlu di salurkan secara jelas dan betul (destinasi paket) dengan membuka port pada firewall dan set IP yang betul bagi pc yang menggunakan applikasi seperti itu. Cara set yang betul boleh di perolehi disini : www.portforward.com ; pic disebelah adalah contoh bagi forwarding yang betul bagi telnet dan applikasi torrent.

  • Collision paket boleh berlaku disebabkan terlalu banyak paket yang dihantar pada masa yang sama. Applikasi yang menghantar paket yang banyak selalunya adalah aplikasi yang memerlukan download (downstream) dan upload (upstream) yang besar, seperti torrent dan p2p. Tutup applikasi seperti ini dan cuba troubleshoot semula collision paket error.
PC - NIC (kad network) yang problematic.
  • NIC (kad network) - klau kesemua masalah diatas telah diselesaikan tapi masih lagi talian broadband slow / lambat, menukar NIC (yg murah) adalah lastresort (perkara terakhir). Kebiasaannya, NIC yang rosak hanya mempunyai dua condition yakni, boleh mengesan cat 5 (kabel network) atau tidak boleh mengesan cat 5. Lampu pada NIC adalah petanda menunjukkan sebarang aktiviti menghantar dan terima paket dari kabel cat 5, dan juga petanda cat 5 berjaya di kesan sekiranya lampu itu menyala secara statik atau blinking (berkelip) dan tidak padam lama.
Ambil perhatian.., tutorial troubleshooting ni hanyalah untuk mengesan masalah streamyx slow / lambat dari end-point di rumah, bukan bagi masalah yang terjadi pada end-point di switch / port TM / Streamyx.

64-bit

Era perkomputeran 64-bit kini sgt hampir dan jelas, kebaikannya berbanding 32-bit, teori dan praktikal


Komputer era 64-bit ;)

Komputer era 64-bit ;)

Sebelum ini, perkomputeran dah memakan usia puluhan tahun, dari semudah komputer (1bit) seperti sempoa, berubah kepada 4bit, 8bit, 12bit, 16bit, 32bit, dan kini, 64bit; evolusi komputer setakat ini menjanjikan sesuatu yang tiada batasan (kecuali klau kiamat la :D hehe). Daripada semudah perkiraan hingga kepada perkiraan yang melibatkan formula yang kompleks (seperti perkiraan formula kimia, dan sebagainya), komputer akan terus berevolusi hingga ke satu tahap yang tidak dapat dibayangkan…

Cerita mengenai era-64bit; Walaupun AMD cuba mengketengahkan era 64-bit lebih awal (pada tahun 2003 - dengan processor AMD Athlon X2 berkapabiliti 64-bit) namun pada masa tu, faktor dari segi software, dan driver bagi kegunaan user di rumah (user biasa - regular user) amat kekurangan yang menjadi kekangan adaptasi yang sempurna secara menyeluruh. AMD cuba mendapatkan support dari pengeluar OS seperti Microsoft Windows (yang sejurusnya mengeluarkan Windows XP Professional 64-bit) dan Komuniti Linux bagi menjayakan transisi kepada teknologi perkomputeran 64-bit. Setelah 6 tahun berlalu, kini, tiada lagi masalah dari segi Driver dan Program bagi sistem 64-bit disebabkan kebanyakan Vendor turut mengeluarkan versi driver dan program bagi 64-bit yang kenyataannya semakin mendapat tempat dan semakin meluas penguaanya. Akhirnya, era 64-bit bagi pengguna dirumah, semakin hampir, sebaliknya era 32-bit semakin dekat akhir hayatnya. (Gamers adalah pengadaptasi teknologi 64-bit yang terawal - bagi pengunaan di rumah, server lain cerita.) Apple Mac terbaru (bagi tahun 2009) akan menggunakan fully 64bit native software.

Beberapa faktor yang menyebabkan 64-bit tidak dapat dielak dan mesti diguna-pakai dalam masa terdekat adalah seperti yang dijawab dari soalan-jawapan dibawah…

Soalan 1. Kenapa perlu komputer yang mempunyi faktor kemampuan 64-bit?

- Secara teori dan praktikal; 64-bit berbanding 32-bit, adalah 2 kali ganda kandungan data yang dapat di simpan (oleh RAM) dan di proses (oleh processor). Ini bermakna, komputer yang berkemampuan 64-bit dan menggunakan 64bit native-mode proram, secara praktikalnya, memberikan lebih responsif dan kelajuan (dari segi pemprosesan data dan code) berbanding 32-bit. Jika dilihat semula dari sejarah Windows, Windows 3.1 dan sejurusnya Windows 3.11 Workgroup adalah contoh Sistem Operasi (Operating System) yang menggunakan kapabiliti pemprosesan 16-bit. Windows 3.1 (dan sirinya) ini agak terhad dari segi kemampuan applikasinya (program) melakukan sesuatu operasi yang lebih complex berbanding versi Windows yang lebih terkedepan (seperti Windows 95, 98, NT dan 2000). Kita ambil contoh mudah: Windows 3.1 dan sirinya pada masa itu, jika dilihat dari segi Interface, tidak secantik Windows XP dan Vista. Kenapa begitu? Sebabnya, kapabiliti pemprosesan pada masa itu hanya 16-bit dan terhad kepada kelajuan processor yang agak perlahan dan maksimum RAM yang dapat digunakan. Windows 95 memperkenalkan Sistem Operasi yang mampu 32-bit. Sejurusnya, Windows ME dan 2000, cuba memketengahkan 32-bit dengan lebih serius dan menghapuskan program2 yang masih beroperasi dalam mode 16-bit. Hasilnya, program 32-bit semakin mendapat tempat, sebaliknya terjadi pd program 16-bit yang semakin pupus susah didapati. Sekarang ni (2009), kalau dilihat secara umum, program 32-bit sangat mudah diperolehi dan hampir kesemua program Windows adalah 32-bit. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan transisi (perubahan) 16bit kepada 32bit tidak dapat dielak. Hal yang sama akan terjadi kepada proses transisi (perubahan) 32bit kepada 64bit. Faktor2 tersebut adakan dijelaskan dengan lebih lanjut dibawah (keep on reading yeah! :D).

Soalan 2. Err, saya tak faham apa yang awak merepek?

- bagus la klau b honest tak faham, sy cuba jelaskan lagi sampai awak faham :D. Kita ambil contoh mudah. Sistem komputer yang hanya mampu melakukan proses 32-bit, mempunyai had penggunaan RAM (dan swap file) sehingga 4 Gigabytes sahaja! Itu adalah fakta. Bermaksud, sekiranya anda masih menggunakan Windows XP atau sebagainya yang masih 32-bit dan bukan 64-bit, fisikal RAM (module RAM seperti DDR, DDR2 dan sebagainya) hanya boleh di-upgrade dan digunakan sehingga 4 Gigabytes sahaja!. Contohnya, anda memasang RAM melebihi 4 Gigabytes (tidak kira RAM jenis apa pun) seperti 5 Gigabytes atau 8 Gigabytes, Sistem Operasi (eg. Windows XP 32-bit) hanya akan detect sehingga 3 ~ 4 Gigabytes dan selebihnya ( 5 gig - 4 gig = 1 gigtabye lebihan), RAM tersebut tidak akan digunakan! Yup. Bermaksud, pembaziran 1 Gigabytes (atau lebih) kepada upgrade yang anda buat. Ini bukanlah ralat atau masalah / kelemahan Windows itu, sebaliknya ia adalah kelemahan Sistem 32-bit. Hal yang sama terjadi kepada mana2 sistem operasi 32-bit seperti Windows Vista-32bit juga. Untuk mendapat balik RAM anda (1 gig atau lebih), anda perlu menggunakan Windows XP 64-bit atau Windows Vista-64bit. Untuk pengetahuan anda, Windows akan menggunakan maksimum RAM fisikal 2 Gigabytes untuk applikasi (program yang running atas Windows), dan selebihnya 1 atau 2 Gigabytes untuk kegunaan Kernel Windows (iaitu kegunaan Windows sendiri). Ini bermaksud, penggunaan RAM oleh program yang melebih dari 2 Gigabytes, selebihnya akan di-swap kedalam paging file (iaitu file memory sementara di dalam hard-disk) yang menyebabkan sedikit slow-down (lambat disebabkan Hard-disk tidak selaju RAM). Perkiraan mengenai maksimum RAM yang boleh di-handle oleh kapabiliti pemprosesan mengikut bit-rate adalah seperti berikut:

  • 16-bit: 2 ^ 16 = 65,536 bytes ( 64 Megabytes )
  • 32 bit: 2 ^ 32 = 4,294,967,296 bytes ( 4,000 Megabytes / 4 Gigabytes )
  • 64 bit: 2 ^ 64 = 18,446,744,100,000,000 bytes ( 18,000,000 Gigabytes / 18,000 Terabytes / 18 Exabytes )

Soalan 4. Jadi saya perlu guna Sistem Operasi (Windows) 64-bit ye?

Jawapannya ya dan tidak. Jika anda mahukan sistem yang lebih stable, true-multitasking, lebih performance (laju dan stable), menggunakan Windows 64-bit dengan processor 64bit adalah jawapan yang terbaik (ya, sila guna OS-64bit). True-multitasking adalah bermaksud menggunakan banyak program secara serentak, yang bermaksud process per core ditingkatkan; secara tak lansung, penggunaan RAM juga akan semakin tinggi. Dari pengalaman saya, RAM 2 gigabytes yang diperuntukkan oleh Windows untuk setiap process, tidak cukup lagi bagi program yang semakin kompleks pada masa kini. Mungkin dahulu ianya mencukupi, tapi tidak lagi pada masa kini. Sekiranya RAM tidak mencukupi, Windows akan menggunakan Swap File / Paging File yakni memori sementara yang di akses dari Hard Disk. Hard Disk adalah tidak selaju RAM. So, performance akan drop kat situ. True-multitasking juga memerlukan processor yang multi-core (sekurang2nya 2 core). Semakin banyak core dalam satu compartment processor, semakin baik pengurusan process per thread dan ianya akan membantu melakukan true-multi tasking dengan lebih efisyen. Sekiranya awak masih menggunakan Windows secara biasa dan tidak selalu menggunakannya dan tiada masalah lambat pada windows, langkah ini tak perlu, dan Windows 32-bit sedia ada masih boleh digunakan. Namun, penggunaan 64bit semakin meluas, dan persediaan kepada 64-bit adalah perlu. Saranan sy, gunalah Windows 64bit sekiranya awak tahu cara installnya sendiri atau mempunyai RM 30-40 ringgit untuk diberi kepada technician untuk upgrade dari 32-bit kepada 64-bit.

Soalan 5: Saya nak upgrade Windows 32-bit kepada Windows 64-bit, boleh tak? Apa keperluaannya?

Windows upgrade kepada 64-bit dari Windows 32-bit tidak boleh dilakukan sebabnya kernel 64-bit dan 32-bit adalah berbeza. (bayangkan kernel sebagai architecture Windows). Yang boleh dilakukan adalah fresh installation (yakni install windows baru). File2 dari windows lama anda masih boleh digunakan pada Windows-64bit. Tidak perlu risau tentang dokumen, surat, email, program dan sebagainya. Sedikit keperluan dari segi teknikal hardware perlu dilihat sebagai persediaan kegunaan Windows 64-bit seperti berikut:

  • Kapabiliti Processor: 64-bit (Contoh: AMD Athlon X2, X3, X4 dan Intel P4 Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Quad)
  • RAM: Sekurang2nya: 1 Gig. Lebih baik jika digunakan dengan 4Gigabytes RAM dan lebih (Contoh RAM: DDR1, DDR2, DDR3, apache, kingmax, kingston, OCz)
  • CD / DVD / Image / File: installation bagi Windows XP professional 64bit, Windows Vista 64bit atau Windows 7.

*** CPU / processor dari tahun 2004 dari Intel dan AMD, pada pengetahuan sy, telah support 64-bit. Jadi siapa saja yang membeli CPU/processor dari tahun itu (pengeluarannya dari kilang pada tahun itu), bermaksud cpu/processor anda telah bersedia/mampu untuk menggunakan Windows/OS 64-bit.

*** RAM dah murahkan, DDR2 boleh dapat sebanyak 8Gigabytes utk RM 300 dah kan.. So better upgrade untuk 4 keping RAM x 2 Gigabytes (setiap keping), dual-channel dan ganged dual-channel RAM lebih performance,. Itu sahaja ;-)

Soalan 6. Jika saya menggunakan Windows 64-bit ( XP / Vista ), boleh ke saya guna program dahulu yang digunakan pada Windows 32-bit (XP / Vista) dulu?

Walaupun menggunakan Windows 64bit, program2 terdahulu pada sistem 32-bit masih boleh digunakan dan di-install sebabnya Windows akan menggunakan mode-emulation 32bit (bayangkan seperti simulasi). Mode-emulation 32bit tidak mendatangkan sebarang masalah kepada Windows, namun bagi penggunaan yang optimum dari segi data-handling oleh program itu sendiri, native mode 64bit (yakni mode 64bit yang betul) adalah lebih baik. Contohnya, semasa awak mahu download / install sesuatu program, ada pilihan yang boleh dibuat bagi setup file tersebut, seperti:

  • setup_x86.exe (bagi 32bit) keyword 32bit: x86, 32bit, 32
  • setup_x64.exe (bagi 64bit) keyword: x64, AMD64, 64bit,64

Namun, kadang kala terdapat beberapa program yang mempunyai masalah semasa dalam mode-emulation 32bit. Ini adalah masalah program itu sendiri, bukan masalah windows dan mode-emulation 32bit. Sekiranya ini terjadi pada awak, cuba dapatkan update program tersebut dari internet dan install. Dari pengalaman saya, setakat ini, tiada masalah menggunakan program 32bit dari Windows 64bit. Berikut adalah screen shoot dari Windows Vista x64 yang saya guna sekarang ini (dengan RAM 8Gigabytes).

process-windows-64-bit

process-windows-64-bit. Info: nama_process*32 ; menunjukkan program 32-bit sedang digunakan (dengan mode-32bit-emulation)

Soalan 7. File2 dokumen saya dari Windows 32-bit dahulu boleh digunakan lagi tak dalam windows 64-bit?

Ya, masih boleh digunakan seperti biasa bahkan tiada perubahan sedikit pun dari file asal yang dilihat dari Windows 32-bit dahulu (maksudnya, kalau file dulu dalam windows 32-bit adalah 8bytes, pada windows 64-bit juga adalah 8bytes). So, backup anda dahulu tidak ada masalah sekiranya di-restore kepada Windows 64-bit yang baru. Sebabnya, file2 dokumen 64-bit dan 32-bit adalah sama dan boleh digunakan dari kedua-dua sistem pada bila-bila masa (backward compatible). Namun, bagi program2 yang digunakan dalam Windows-32bit dahulu, perlu di-install semula seperti biasa dari Windows-64bit (bermaksud tidak boleh copy n paste).

Soalan 8. Saya guna windows 32bit ke 64bit sekarang ni?

Ok, cara nak tahu guna windows mana, tekan “Ctrl”, “Alt”, dan “Delete” serentak dari keyboard. Dari task manager (seperti gambar diatas tadi), click pada tab process, dan lihat pada nama2 process tersebut, sekiranya ada yang nama_process.exe * 32, bermaksud anda menggunakan Windows 64bit, sekiranya tiada, bermaksud kemungkinan besar awak menggunakan Windows 32bit (95% saya katakan ya). Ini adalah cara cepat. Cara lain yang lebih tepat, masuk ke dalam Windows System Properties (right click pada icon My Computer dan click properties), dan lihat disitu. Sekiranya Windows XP 64bit, dari System properties ianya akan tertulis disitu.

Soalan 9. Sebarang rujukan website bagi era 64bit tak, website program untuk download ke?

Ade. Satu soalan yang baik. Berikut adalah web2 yang membantu: (akan di-update dari semasa ke semasa)

So, lawati web2 tersebut untuk program updates dan info mengenai era 64-bit (dalam english).

Soalan 10. Saya masih ada soalan nak tanya, macam mana nak buat ini dan itu?

Ok, sebarang soalan boleh ditulis dari kotak reply dibawah artikel ini. Sebarang masalah yang awak lalui semasa process menukar dari 32-bit kepada 64-bit, sy sedia membantu secara percuma :D Iya, percuma :) …