Friday, July 3, 2009









Websitecarlyfiorina.com








Carly Fiorina (born Cara Carleton Sneed on September 6, 1954) is an American businesswoman, who served as chief executive officer at Hewlett-Packard from 1999 to 2005

Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Fiorina, di dalam ucaptamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

"At this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I'm talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent"

Maksudnya:

"Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bangunan menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila halangan mengancam ilmu daripada tamadun silam, tamadun ini menghidupkan ilmu dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung"

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucaptama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...

Inilah BARAT. Masih angkuh, sombong dan tetap mahu mengubah SEJARAH...

Friday, May 29, 2009

Brother Z Multimedia


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.... Brother Z Multimedia merupakan sebuah syarikat multimedia yg menjalankan perniagaan berasaskan Cyber Cafe, Online Education, Menjual serta membaikpulih komputer, Pembangunan Website dan Blog, Networking, Pembangunan rangkaian Cyber Cafe Bumiputera, Video Editing, Fotostat, Binding, Laminate dan Printing. Menyediakan khidmat nasihat berkenaan komputer..

Berdaftar Dibawah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Cawangan Putrajaya. Milik Bumiputera Islam sepenuhnya yang diterajui oleh bekas pelajar Politeknik Ungku Omar( Perak ), Politeknik Sarawak dan Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah ( selangor ).

Pihak Brother Z Multimedia juga menyediakan peluang Latihan Praktikal OJT ( On Job Trainning ) kepada para pelajar Institusi pengajian tinggi..

Selama tempoh peniagaan syarikat Brother Z Multimedia telah diberi kepercayaan sepenuhnya oleh tenaga pengajar Institut Latihan Perindustrian ( ILP ) Banting dan telah menghantar pelajar mereka menjalankan Latihan Praktikal On Job Trainning ( OJT ) pada awal tahun 2009.

Para pelajar yang mengambil bidang IT di Kolej Komuniti Jugra Banting juga telah menunjukkan minat untuk menjalani latihan praktikal mereka di Syarikat Brother Z Multimedia.

Pada bulan jun 2009 ini seorang dari anggota tentera Pasukan BHQ-ONE STOP CENTER PENGKALAN UDARA SUBANG 40000 SHAH ALAM juga akan menjalankan Latihan Peralihan yang telah ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia di syarikat Brother Z Multimedia di dalam bidang baikpulih komputer serta networking.

Diharapkan agar pihak yang menjaga kepentingan serta dana bumiputera seperti Kerajaan, Permodalan Usahawan Nasional Berhad ( PUNB ), TEKUN Nasional dan MARA akan dapat membantu seikhlas mungkin bagi menjana serta meningkatkan ekonomi bumiputera dan bukan hanya mengeluarkan hujah serta beretorik sepanjang masa..

Bantuan serta pemerhatian yang sewajarnya dari pihak-pihak terbabit amat diperlukan sesuai dan sejajar dengan apa yang termaktub di dalam perlembagaan negara fasal 153 yang menjamin Hak Istimewa Bumiputera..
Malah menurut Perlembagaan, Perkara 10, Fasal 4, melarang mana- mana pihak daripada mengungkit dan mempersoal Hak Keistimewaan Bumiputera.




Suruhanjaya Syarikat Malaysia ( SSM )



Sijil KeAhlian Dewan Pernigaan Melayu Malaysia - Putrajaya


Sunday, April 5, 2009

Terima Kasih...



Pihak syarikat Brother Z Multimedia ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala bantuan serta dorongan yang pihak kami terima dari rakan-rakan yang sanggup membantu tanpa mengira waktu dan tanpa meminta sebarang bayaran demi menjayakan kemajuan syarikat bagi bersaing dgn syarikat bukan bumiputera yg bermodalkan ratusan ribu ringgit..

Keikhlasan tuan-tuan yang sanggup berkerja secara suka rela hanya Allah sahaja yang akan membalasnya..

Surat Sokongan Dan Dukungan Daripada Dewan Pernigaan Melayu Malaysia ( DPMM ) - Putrajaya




















( Double klik bagi membesarkan paparan )

Surat Sokongan dan dukungan Daripada
Dato` Haji Mohamad Alayuddin Che Hassan

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Putrajaya
Merangkap Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

Pandangan Dari Pelbagai Sisi Syarikat Brother Z Multimedia




Brother Z Multimedia bersebelahan dengan Restorant Masakan Melayu dan Tom Yam


Kawasan lapang di hadapan Syarikat Brother Z Multimedia akan dibangunkan sebagai tapak Medan Selera ( Food Court ) oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat Selangor.